".. aku bukan benci tp aku cuma xsuka cara dia, xselesa la ~~..."
”嫌いじゃないけど、あいつは苦手だ!”
or anything else yg sewaktu dgnnya..
walaupun cuba utk menafikan ,
ttp maksudnya tetap sama..
apa sebenarnya di dlm dada??
benci?marah? xsuka?
ummmm..
ingat x apa janji iblis pada Allah?...
Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan(segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”
[al-Hijr 15:39]
waktu itu kita xsedar hati kita sedang di cucuk2 syaitannirrojim,
yg memperindahkan hati kita utk saling benci membenci, saling berpecah belah...
SOMBONG utk sekadar memaafkan
ingat lg x iblis itu dikeluarkan dr syurga kerana apa?
ya, kerana sikap sombong pd Allah!!
Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhnya lalu Kami katakan kepada para malaikat; "Bersujudlah kamu kepada Adam"; maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah." Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu: kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina."(Surah al-A'raf: 11-13)
hati kita pada waktu itu sukar sekali utk melihat perkara yg kita benci itu sbg benda yg kita syg..benda yg kita kasih...
alangkah baiknya pd waktu itu hati ini mampu, berkata...
"aku mmg xselesa dgn cara dia, tp aku tetapsayang dia kerana Mu YaAllah.."
alangkah baiknya pd waktu itu kita mampu berlapang dada dgn sgala apa perbuatannya skalipun kerana kasih kita pd nya kerana Allah..
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (24:22)
“…dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (64:14)
“Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu yang termasuk perbuatan yang mulia.” (Qur’an 42:43)
iaitu org yg berinfak baik di waktu lapang mahupun sempit, dan org yg menahan amarahnya, dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mncintai org2 yg berbuat kebaikan.
dan juga org2 yg apabila mengerjakan perbuatankeji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah lalu memohon ampunan atas dosa2nya
dan siapa lg yg dpt mengampuni dosa2 selain Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu sedang mereka mengetahui.
Blasan dr merela adalah ampunan dr Tuhan mereka dan syurga2 yg mengalir dibwhnya sungai2, mereka kekal d dlmnya. dan itulah sebaik2 pahala bg org yg beramal." (3:133-136)
bersabar, memaafkan dan berlapang dada lah utk mengejar ampunan Allah, redhaNya dan kasihNya...demi menuju syurga yg telah dijanjikan..
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh
kerana memenuhi kehendak agama Kami,
sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami;
dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah
adalah berserta orang-orang yang berusaha
membaiki amalannya.
[al-Ankabut 29:69]
sahabat... pimpinlah tgn ku utk melangkah bersamamu :')
No comments:
Post a Comment